Seperti kebiasaan, setiap purnama Oktober – semua pihak pasti akan tertumpu kepada agenda utama negara iaitu dengan menyaksikan pembentangan bajet negara dilaksanakan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan Malaysia. Penulis kira pasti ramai pihak menanti apa pula hala tuju peruntukan negara pada Belanjawan 2024 kali ini? Dan adakah jumlah peruntukan pada 2024 akan terus tinggi sepertimana yang disediakan pada tahun sebelumnya?
Buat pengetahuan umum, sekadar imbasan – sejak 3 tahun lalu peruntukan bajet negara telah disediakan lebih tinggi daripada kebiasaan dengan 2021 berjumlah RM322.5 bilion, diikuti 2022 berjumlah RM332.1 bilion dan 2023 pula berjumlah RM388.1 bilion. Jadi apa pula jumlah peruntukan bajet kali ini?
Untuk merungkai jangkaan itu, ini antara tumpuan yang Rnggt kira akan menjadi perhatian rakyat Malaysia pada pembentangan belanjawan13 Oktober kelak ~
1# Serap Tekanan Kos, Tambah-Baik Paras Pendapatan Rakyat
Isu tekanan kos sara hidup sememangnya bukanlah suatu isu yang baharu atau asing di Malaysia. Tetapi kesan ketidaktentuan ekonomi global yang dilihat terus memberi tekanan kepada pasaran semasa, sebagai contoh sekatan eksport beras yang dilaksana oleh India sejak Julai lalu telah meningkatkan lagi permasalahan kos dalam kalangan penduduk Malaysia.
Manakan tidak, walaupun paras inflasi Malaysia telah melandai kepada 2% namun harga di pasaran diperhatikan masih tinggi – ia secara langsung kekal beri tekanan kepada penduduk negara dalam aliran perbelanjaan.
Berdasarkan persekitaran itu, penulis bersetuju sekiranya pentadbiran hadir dengan sokongan tambahan untuk membantu rakyat menyerap tekanan kos ini. Antaranya pelbagaikan strategi negara dalam meningkatkan sekuriti bekalan makanan, inisentif baharu buat pemain ekonomi serta jumlah peruntukan pada sokongan teknologi dalam arena pertanian.
Selain terdapat usaha, dimaklumkan kerajaan akan memperincikan sistem Pangkalan Data Utama (PADU), Dasar Gaji progresif dan Pelan Subsidi Bersasar – bagaimana pula usaha negara untuk menapis isu kebanjiran pekerja asing? Penulis dapati isu ini menjadi duri dalam daging pada pasaran pekerjaan – di mana ia menjadi antara pencetus mengapa paras pendapatan pekerja tempatan kekal di tahap rendah dalam segelintir sektor ekonomi negara.
Aspek ini wajar diketengahkan supaya dapat membantu penduduk Malaysia meraih pendapatan yang setimpal dengan kemahiran dan penawaran pekerjaan berdasarkan kepakaran mereka. Buat pengetahuan umum, setakat Julai 2022 terdapat 1.6 juta pekerja berpendidikan tinggi di negara tidak miliki kerjaya setara dengan kemahiran mereka, dan isu ini masih menjadi beban Malaysia sehingga kini.
2# Perluaskan Asas Cukai Negara – Perincikan Hasil Baharu, Jejaki Pengelak Cukai
Seperti yang umum ketahui, pada bajet yang lepas kerajaan telah memaklumkan terdapat beberapa pengenalan cukai baharu akan diketengahkan antaranya melibatkan Cukai Keuntungan Modal dan Cukai Barangan Mewah.
Bagaimanapun kedua cukai ini masih tidak dijalankan dan dijangka perinciannya hanya akan dilakukan pada Belanjawan 2024 kali ini. Susulan tindakan itu, ia secara langsung memberi gambaran bahawa potensi untuk pengenalan cukai baharu yang lain mungkin tidak akan dilakukan pentadbiran negara, dan turut diijanjikan perincian dua cukai baharu ini tidak akan menjejaskan kumpulan pendapatan rendah.
Maka untuk memperkasakan lagi kutipan hasil negara, penuliis menjangkakan tiada pemotongan cukai akan dilaksanakan buat masa ini – di mana kadar cukai individu mungkin terus dikekal bagi membantu negara meluaskan asas cukai untuk tahun 2024.
Buat pengetahuan umum, pada bajet lalu negara telahpunn laksana pengurangan cukai pendapatan sekitar dua mata peratusan buat mereka yang berpendapatan antara RM35,001 dan RM100,000. Disasar aturan itu akan dikekalkan.
Tidak hanya itu, untuk memastikan asas cukai negara terus diperkasa – penguatkuasa perlu tingkatkan lagi kesedaran pembayar cukai khususnya dalam kalangan pemain kandungan digital dan syarikat persendirian. Ini kerana setakat 2017, lebih 2.4 juta pekerja direkodkan perlu laksana cukai namun hanya sebahagian sahaja berbuat demikian. Diikuti setakat September 2023 pula masih terdapat banyak pengelak cukai dalam kalangan pemilik perniagaan tunggal. Maka keperluan penegasan dalam meraih kutipan hasil dalam kalangan kumpulan ini wajar diperkasakan demi kepentingan perolehan negara.
3# Seimbangkan Hak Kumpulan M40 – Meliputi Cukai, Pendidikan & Bantuan Sosial
Selain menjamin kebajikan golongan miskin terus diutamakan, jangan dilupa golongan kelas pertengahan M40 turut miliki beban yang sama pada pasaran semasa dan memerlukan pelaksanaan rasionalisasi subsidi yang saksama.
Rnggt melihat perluasan hak M40 ini wajar diteruskan sepertimana yang dilakukan pada bajet 2023 lalu – apabila kerajaan bertindak menurunkan 2% cukai pendapatan M40 dan menaikkan cukai pendapatan T20. Langkah harus dikekalkan dengan meningkatkan pula kapasiti subsidi buat M40, susulan negara kelak akan meraih penjimatan dalam Pelan Subsidi Bersasar.
Sudah pasti cadangan ini harus didasari berasaskan jumlah tanggungan kelas M40. Tidak hanya itu, hak M40 juga wajar diperluas dalam sektor pendidikan negara. Berdasarkan tinjauan Khazanah Research anak-anak M40 menjadi kumpulan terendah dalam perolehan bantuan tunai dan sosial. Keadaan ini berlaku disebabkan paras gaji ibubapa mereka tidakk melayakkan kumpulan anak-anak ini meraih manfaat yang setimpal dalam akses pendidikan.
Cadangan ini menurut Rnggt bukanlah bertujuan untuk mengekksploitas hak bantuan anak-anak pendapatan rendah. Akan tetapi keseimbangan bantuan tunai serta sosial perlu juga diberi tumpuan kepada isi rumah berpendapatan pertengahan.
4# Tamatkan Kemiskinan Digital – Sebelum Laksana Sepenuhnya Dasar Pendidikan Digital Negara
Kemiskinan digital atau ditakrifkan sebagai ketidakupayaan menggunakan teknologi maklumat – disebabkan kekurangan akses peranti atau kekurangan kemampuan menggunakan teknologi, kini dilihat masih menghantui sistem pendidikan negara.
Maka tidak hairanlah sekiranya, penerapan dasar digital dalam pendidikan negara akan menjadi lebih perlahan meskipun usaha perluasan infrastruktur sedang dibangunkan. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) walaupun pemilikan telefon pintar adalah tinggi dalam kalngan pejar namun ia tidak mencukupi untuk penuhi keperluan Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan masih terdapat perbezaan dalam perluasan akses pintar mengikut negeri.
Oleh itu, keperluan peruntukan yang besar harus disertakan engan melaksanakan pelbagai pendedahan berterusan dalam kempen pendidikan digital di seluruh Malaysia. Aturan ini tidak hanya membantu kecekapan kumpulan pendidiik tetapi turut meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara seiring dengan permintaan pasaran ekonomi.
5# Tidak Hanya Kebajikan Pesakit – Kesejahteraan Warga Kesihatan Juga Perlu Diutamakan
Usaha menambah-baik rangkaian sistem kesihatan negara sememangnya wajar dilaksanakan. Ini kerana ia adalah cerminan kepada pengukuhan struktur ekonomi Malaysia, dalam menjamin kebajikan penduduk negara bagi jangka masa panjang bersama akses kesihatan yang baik. Akan tetapi, dalam menyediakan ruang kemudahan ini pentadbiran negara perlu sedari kesejahteraan warga kesihatan juga harus diutamakan.
Ini kerana tekanan tugas diperhatikan telah mendorong seramai 6,036 pegawai perubatan dan 890 pakar perubatan sektor awam telah bertindak meletak jawatan dari tahun 2018-2022. Tidaka hanya itu dalam tempooh yang sama seramai 1,651 farmasi turut berbuat tindakan yang sama.
Meskipun negara berdepan lambakan tenaga dalam sektor kesihatan namun isu ini kekal tidak menyelesaikan masalah, berikutan nisbah pekerjaan diperhatikan tidak setimpal dengan waktu pekerjaan mereka. Ia sekaligus mengakibatkan banyak warga kesihatan berdepan isu kesihatan mental. Susulan itu, Rnggt percaya usaha meluaskan aspek kebajikan kepada warga kesihatan wajar diutamakan bagi memastikan tenaga kerja negara tidak alami ketirisan disebabkan ketidakseimbangan sistem kesihatan negara.
Buat pengetahuan umum, tahun lalu bajet memperuntukan KKM menerima peruntukan sebanyak RM36.3 bilion – dan dijangka jumlah peruntukan tersebut akan terus alami peningkatan pada Belanjawan 2024 mengikut jaminan PM Anwar.
6# Pelbagaikan Sokongan Ekonomi Tatkala Malaysia Ke Arah Masyarakat Menua
Kurang daripada tempoh 7 tahun lagi menjelang tahun 2030, Malaysia akan berganjak ke status negara yang memiliki 15% jumlah penduduknya adalah warga emas iaitu mereka yang berusia 65 tahun ke atas. Situasi itu secara langsung menuntut Malaysia untuk pelbagaikan lagi sokongan ekonomi sebagai persediaan pada pasaran masa hadapan.
Ia tidak sekadar meningkatkan sokongan sosial bahkan sokongan peluang ekonomi turut perlu diperluaskan untuk golongan warga emas. Ini bermakna pendekatan baharu wajar dilaraskan dalam Dasar Warga Emas Negara untuk membasmi streotaip yang telah terbina ke atas kumpulan warga emas. Aturan ini demi kepentingan kelangsungan ekonomi di masa hadapan.
Selari dengan usul itu, kini negara turut dalam usaha membangunkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan – difahamkan langkah itu bertujuan memastikan perkhidmatan penjagaan warga emas yang lebih berkualiti dapat dibentuk di Malaysia.
7# Wanita Juga Penyumbang Ekonomi Malaysia – Buka Peluang & Perluaskan Lagi Akses Kebajikan
Tatkala lelaki terus mendominasi pasaran pekerjaan negara dengan peratusan 61.7% iaitu seramai 9.7 juta individu di pasaran setakat akhir 2022 – namun penglibatan wanita juga semakin meningkat selaku penyumbang kepada ekonomi Malaysia apabila menyumbang kepada 38.8% dengan 6.18 juta pekerja wanita di pasaran.
Melihat pada peningkatan itu, penulis berpendapat kemasukan wanita perlu terus diperluaskan lagi dengan penawaran akses kebajikan yang lebih tinggi disediakan. Saranan ini turut disokong Bank Dunia apabila pernah mengusulkan bahawa perundangan dan polisi negara perlu diubah untuk tingkatkan lagi penyertaan wanita dalam sektor ekonomi. Tidak hanya itu pengetahuan yang dibentuk dalam institusi kekeluarga juga perlu diubah dan kesamarataan tanggungjawab perlu diselarikan kepada kedua jantina.
Melalui pendekatan ini, ia secara langsung akan membantu masyarakat Malaysia memecahkan tradisi tanggapan yang cenderung berat kepada wanita apabila melibatkan tanggungjawab penjagaan keluarga. Jika ia tidak disokong dengan akses kebajikan yang luas, ini akan merugikan Malaysia dalam meraih kepakaran ekonomi kalangan pekerja wanita.
Untuk makluman umum, meskipun wanita mendominasi setiap peringkat taraf pendidikan di negara namun permintaan pasaran kerja jelas tinggi terbuka kepada kumpulan lelaki. Situasi ini jelas menunjukkan terdapat jurang yang ketara dalam penawaran pekerjaan ekonomi negara.
Oleh itu melalui pendekatan baharu negara di bawah RMK-12 yang menyasarkan 60% wanita sertai ekonomi Malaysia kelak – penulis jangkakan lebih banyak aturan serta sokongan sosial baharu yang bakal diperincikan negara dalam bajet kali ini. Melalui usaha berterusan itu, ia berupaya membantu negara meraih pulangan yang lebih baik dalam sektor ekonomi.