Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini pada Belanjawan 2023 mengumumkan Cukai Barangan Mewah akan diperkenalkan semula, sebagai antara usaha negara untuk meningkatkan hasil ekonomi pada tahun ini.
Tidak hanya itu, selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, Kerajaan turut akan mengkaji untuk memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024 pada kadar yang rendah.
Kerajaan memaklumkann akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkaitan untuk meneliti perincian cadangan ini.