Artikel

Malaysia Dijangka Lebih Pantas Jadi ‘Masyarakat Tua’ – Sebelum Menjadi Kaya?

Berbeza dengan beberapa negara lain, sebelum mencapai taraf kekayaan – Malaysia dijangka lebih pantas tampil selaku negara masyarakat tua.

Melalui tinjauan Khazanah Research Insitute pada Menongkah Badai; Ke Arah Keterangkuman Perlindungan Sosial bersama data UNDESA – tahun 2020 telah memperlihatkan Malaysia mencapai taraf ‘masyarakat menua‘, merangkumi 2.3 juta penduduk daripada populasi menyeluruh Malaysia. Ini bermakna 1 dalam 14 penduduk negara adalah berusia 65 tahun ke atas.

Tidak terhenti disitu. Unjuran menjelang tahun 2045, negara akan memperlihatkan peningkatan usia penduduk daripada masyarakat menua kepada masyarakat tua dalam tempoh 25 tahun. Iaitu nisbah 1 dalam 7 penduduk di Malaysia adalah mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

Sementara unjuran bagi tahun 2060 pula – menyasarkan Malaysia memiliki masyarakat yang sangat tua, iaitu nisbah 1 dalam 5 penduduk adalah berusia 65 tahun dan ke atas. Jadi mengapa negara diklasifikasikan dengan lebih pantas beralih ke penuaan berbanding perolehi kekayaan?

Jawapannya pendapatan per kapita Malaysia kekal rendah.

Peralihan negara ke arah masyarakat tua – sekadar memakan masa 25 tahun sahaja. Ini lebih pantas berbanding negara besar yang lain. Seperti Perancis memerlukan sekurang-kurangnya 115 tahun. Manakala di Sweden pula memerlukan 85 tahun dan negara Australia pula sekitar 73 tahun.

Lebih tragis – peningkatan usia masyarakat negara tidak seiring dengan perolehan pendapatan per kapita. Meskipun peningkatan 2 kali ganda populasi warga emas ialah 14% pada tahun 2045 – pendapatan penduduk masih di paras lebih rendah.

Perlindungan Usia Tua Di Malaysia – Tidak Berupaya Beri Sokongan Menyeluruh

Malaysia secara asasnya menakrifkan bagi individu yang berusia 60 tahun, ia dikelaskan sebagai warga emas. Namun bagi pengiraan nilai ambang, umur 65 tahun adalah kategori usia warga emas yang lebih biasa digunakan dalam kerangka antarabangsa.

Berbalik kepada isu perlindungan menjelang usia tua di Malaysia, atau lebih mudah skim persaraan di negara – dilihat terbahagi kepada dua bahagian. Sama ada di bawah sektor awam dan swasta.

Data 2019 menerusi DOSM, KWSP dan Bank Dunia menunjukkan terdapat 22.7 juta penduduk di negara yang diklasifikasikan sebagai penduduk yang bekerja (15 tahun sehingga 64 tahun). Bagaimanapun dalam jumlah tersebut, hanya;

  • 7.6 juta penduduk bersamaan 33% individu mencarum secara aktif dalam skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Hampir 1.4 juta penduduk yang terdiri daripada penjawat awam pula layak menerima pencen menerusi KWAP mahupun caruman dana persaraan lain

Namun, hampir 13.9 juta penduduk dilihat pada data tersebut – TIDAK MELIPUTI mana-mana skim pesaraan rasmi. Angka tersebut merangkumi 60% daripada jumlah 22.7 juta penduduk dalam umur bekerja.

Meskipun terdapat skim seperti elaun bersasar di bawah Dasar Warga Emas Negara dan Skim Persaraan Swasta (PRS) yang merangkumi tindakan sukarela para pekerja tetapi skim persaraan sedia ada juga dilihat masih belum mampu memberi sokongan menyeluruh kepada warga negara.

  • Di mana masih ramai penduduk tidak memiliki manfaat pencen yang setara dengan garis kemiskinan per kapita
  • Rata-rata penduduk menerima jumlah pencen atau simpanan lebih rendah berbanding jumlah yang dicadangkan – iaitu pada kadar 40% daripada nilai gaji terakhir sewaktu bekerja

Krisis Mengurangkan Status Perlindungan Usia Tua Di Malaysia

Kehadiran krisis seperti wabak COVID-19 telah memberi petunjuk awal bahawa ia tidak sekadar mengugat kedudukan perniagaan, orang muda bahkan turut menjejaskan reputasi simpanan warga emas.

Di mana, data November 2020 memperlihatkan – lebih daripada separuh pencarum KWSP yang berbaki satu tahun daripada umur persaraan 55 tahun, memiliki simpanan bawah RM50,000. Data ini merangkumi 45% bagi pencarum berusia 54 tahun berdepan risiko tersebut.

KWSP pada asasnya telah menetapkan jumlah sasaran minimum ahli pencarum yang akan diperolehi di usia 55 tahun adalah sekitar RM240,000. Jumlah tersebut dianggarkan dapat menampung keperluan asas persaraan pencarum selama 20 tahun.

Di mana, pendapatan bulanan maksimum RM1,000.

Namun jika, para pencarum memiliki simpanan persaraan kurang daripada RM50,000 – ini bermakna para pencarum sekadar memiliki pendapatan sebanyak RM200 sebulan sahaja untuk menampung kehidupan persaraan. Secara tidak langsung, angka simpanan persaraan tersebut tidak memadai untuk kelangsungan kehidupan.

Lebih membimbangkan perolehan dana persaraan tersebut, dijangka mampu bertahan dalam masa 1 tahun sahaja.

Golongan Warga Emas Pertengahan – Kekal Tercicir

Data 2017 menunjukkan hanya 20% penduduk warga emas Malaysia menerima pencen berkata. Ia bermakna hanya 1 dalam 5 warga emas di negara terima perolehan asas pelindungan usia tua. Ini lebih rendah berbanding saranan asas perlindungan dunia, yang menuntut agihan 1 dalam 2 warga emas menerima asas perlindungan usia tua.

Situasi ini berlaku – disebabkan ketidakseimbangan kepada golongan warga emas pertengahan. Kumpulan ini tidak dapat menyertai skim persaraan formal dan tidak layak untuk miliki Bantuan Warga Emas (BWE).

Untuk makluman the pension floor yang dijamin kepada dua kumpulan seperti penjawat awam dan warga emas miskin.

Maka, kumpulan yang tercicir ini perlu bersandar pada dana persaraan di KWSP sahaja. Sekiranya mereka aktif dan tidak melakukan sebarang pengeluaran i-Citra, i-Lestari atau i-Sinar – berkemungkinan dapat menikmati paras RM240,000. Namun sekiranya terdapat pengeluaran dana – ia akan merencatkan lagi perlindungan usia tua mereka.