Artikel

Shopee Turut Menutup Operasi Di Sepanyol

Shopee nampaknya menghadapi masalah dalam memperluaskan operasi mereka ke rantau luar Asia Tenggara. Selepas menamatkan operasi di India sebelum ini, kini Shopee juga telah mula menamatkan operasi dibeberapa buah negara di Eropah.

Pada bulan Mac lepas, Shopee telah menamatkan operasi di Perancis, dan kini mereka turut telah menamatkan operasi di Sepanyol.

Dengan penamatan operasi ini, ia tidak diketahui sama ada perkhidmatan edagang berkenaan akan terus menawarkan operasi di Eropah – atau sebaliknya menamatkan operasi sepenuhnya, dan menumpukan perhatian di rantau Asia Tenggara.

Pada masa yang sama, sebelum ini Shopee turut telah mula mengurangkan pekerja di rantau ini dalam menguruskan kewangan serta operasi lebih baik.