Artikel

Shopee Agresif Dalam Memperluaskan Penawaran Ke Eropah

Shopee telah memulakan operasi dengan fokus terhadap arena edagang di rantau Asia Tenggara. Kini, selain Asia Tenggara, Shopee agak agresif dalam memperluaskan perkhidmatan ke negara-negara lain.

Terbaru, Shopee dilihat telah melancarkan perkhidmatan mereka di beberapa buah negara sekitar Eropah, termasuk di Perancis, Sepanyol, dan juga Poland.

Penawaran Shopee di negara-negara Eropah ini adalah dengan antaramuka yang lebih kurang sama seperti yang sedia terdapat di Malaysia – termasuk memfokuskan kepada penghantaran percuma, dan baucar diskaun.

Untuk makluman, selain Eropah, Shopee juga turut sedia memfokuskan pembangunan di Amerika Latin dengan pasaran seperti Brazil dan sebagainya.

Disamping itu, terdapat juga desas-desus yang mana Shopee bakal menawarkan perkhidmatan mereka di negara India tidak lama lagi.

Dengan langkah ini, ia agak menarik utuk melihat bagaimana Shopee dapat terus mengukuhkan kedudukan dalam arena edagang – dan secara terus bersaing dengan penyedia edagang lain di pasaran seperti Amazon dan sebagainya.