Sea Group, melalui cabang e-dagangnya Shopee kini diperkatakan akan laksana pemberhentian pekerja di pelbagai pasaran negara Asia Tenggara. Ini adalah sebahagian usaha mereka untuk menyeimbangkan medium operasi.
Mengikut laporan, langkah itu antaranya bakal menjejaskan kakitangan mereka merangkumi pasaran Indonesia, Thailand dan Vietnam. Di mana segmen yang mengalami kesan ketara adalah bahagian ShopeePay dan Shopee Food di pasaran yang berkaitan.
Tidak hanya merancang pemberhentian pekerja, Shopee juga dilaporkan telah menghentikan pengambilan pekerja dalam beberapa pasaran. Situasi ini ternyata bercanggah dengan peningkatan pertumbuhan yang dicapai syarikat induk Sea Group pada suku pertama tempoh hari – dengan keuntungan kasar melonjak 81.3% kepaa $1.2 bilion.
Walaupun Shopee memaparkan kerugian, dari aspek permintaan dalam pesanan ia telah meningkat lebih 70% kepada $1.9 bilion pada suku pertama. Namun turut diakui persaingan medium e-dagang turut menghimpit Shopee berdepan beberapa kesukaran dalam menempatkan jenama mereka pada pasaran tertentu.
Menerusi langkah pengurangan pekerja ini, ia antara usaha Shopee untuk mengekalkan aliran tunai tatkala dunia sedang berdepan kemelesatan global.