Artikel

Starbucks Buka Cawangan Pertama Di Perlis

Setelah setahun, Berjaya Food memaklumkan hasrat untuk melebarkan jenama Starbucks di Perlis – kini aturan tersebut telah berjaya dicapai pada pembukaan rasmi cawangan tersebut minggu ini.

Starbucks, kini secara rasmi membuka cawangan pertama di Perlis iaitu di Kangar Jaya.

Pembukaan cawangan ini seiring dengan matlamat Starbucks untuk memperkasakan segmen permintaan pantas, apabila turut tersedia dengan kemudahan pandu-lalu. Secara langsung menjadikan ia sebagai cawangan ke-62 Starbucks memiliki bahagian pandu-lalu.

Tindakan perluasan itu secara langsung menjadikan jumlah cawangan Starbucks di seluruh Malaysia adalah 345 cawangan. Meskipun berdepan peningkatan kos, harga minuman serta ketirisan ekonomi global, Starbucks dijangka kekal optimis untuk membuka lebih banyak cawangan pada tahun ini.