Di sebalik kemelut ekonomi yang sedang berlaku ketika ini – Berjaya Food Bhd tetap optimis untuk memperluaskan rangkaian makanan dan minuman di bawah pengendaliannya.
Antaranya adalah pembukaan cawangan Starbucks. Setakat ini, perancangan Berjaya Food adalah untuk membuka 12 cawangan baharu Starbucks di Malaysia.
Meskipun negara berdepan dengan kemerosotan pada pertumbuhan perniagaan, tetapi jenama Starbucks dilihat kekal memiliki permintaan tersendiri dalam kalangan rakyat negara dengan menyumbang 80% kepada kumpulan.
Pembukaan ini merangkumi cawangan pertamanya di Perlis, dalam masa beberapa minggu lagi dan beberapa kawasan yang lain. Melihat kadar kepercayaan yang tinggi dalam kalangan pengguna terhadap Starbucks, secara terus menjadikan ia antara jenama utama Berjaya Food.
Tidak hanya perluasan itu, Berjaya Food turut mulai mengfokuskan kepada pembangunan e-dagang tersendiri. Bagaimanapun ia masih ditahap perbincangan awal – segala perincian akan dimaklumkan kelak.