Ke arah pemulihan ekonomi ketika ini – Berjaya Food Bhd kini terus melanjutkan perancangannya untuk meluaskan rangkaian Starbucks di seluruh Malaysia.
Apa yang menarik, perluasan tersebut pada perancangan akan membabitkan 35 cawangan sehingga 38 cawangan. Syarikat dilaporkan akan beri tumpuan pada konsep pandu-lalu.
Langkah ini susulan tinjauan syarikat mendapati permintaan pembelian segmen pandu-lalu memaparkan pengukuhan. Ini sejajar dengan perubahan tabiat pengguna, untuk menjamin kesejahteraan mereka ketika membeli minuman dan makanan.
Untuk makluman, Starbucks data setakat Jun 2021 – memiliki 327 cawangan di negara.
Berdasarkan pengamatan Hong Leong Investment Bank Research – menunjukkan Starbucks akan alami kesan minimum daripada kenaikan kos bahan mentah, susulan model marginnya yang tinggi.
Selain itu – pembekalan biji kopi secara langsung daripada Starbucks AS bersama kos bahan mentah lain akan turut dilindungi, di bawah kontrak pembekalan.
Setakat ini, berdasarkan pemerhatian permintaan makanan menerusi rakan penghantaran seperti Grabfood dan Foodpanda telah mengalami penurunan kepada 17%.
Ia lebih rendah berbanding rekod 25% ketika sekatan kemasukan ke premis makanan dibenarkan dilakukan Malaysia, sebelum ini.