Data selama 18 bulan, setakat 31 Ogos lalu telah menunjukkan sejumlah RM72.72 juta diperolehi kerajaan – susulan pengenaan kompaun terhadap kumpulan yang tidak mematuhi garis panduan SOP.
Kenyataan bertulis Khairy Jamaluddin itu memaklumkan – jumlah kutipan ini merangkumi 181,704 kompaun telah dikeluarkan pihak berkuasa.
Seperti yang umum sedia maklum, penetapan nilai kompaun sebelum ini adalah berbeza mengikut penguatkuasaan semasa kerajaan. Pada Mac tahun ini, kerajaan telah mengenakan nilai denda sehingga RM10,000.
Bagaimanapun, nilai tersebut telah diturunkan semula kepada RM1,000 pada 1 Ogos lalu – susulan penamatan Ordinan Darurat yang telah dicapai negara.
Meskipun nilai denda tersebut masih tinggi, orang awam masih memiliki pilihan diskaun 50% kepada mereka yang melengkapkan pembayaran dalam tempoh 7 hari.
Menerusi tawaran itu – orang awam diharapkan dapat memanfaatkan nilai diskaun dan terus mematuhi garis panduan bagi mengelakkan penerimaan kompaun.