Artikel

Mulai Hari Ini – Individu Yang Ingkar Arahan SOP Boleh Dikenakan Kompaun Sehingga RM10,000

Seperti yang telah diumumkan penguatkuasaan kompaun SOP akan dilaksanakan pada hari ini (11 Mac). Denda sehingga RM10,000 itu boleh diberi kepada individu gagal mematuhi arahan SOP yang telah ditetapkan.

Sementara itu, bagi syarikat yang gagal mematuhi SOP PKP pula bakal dikenakan denda sehingga RM50,000.

Oleh itu orang awam serta syarikat perlulah sedar akan penetapan paras kompauan baharu  ketika ini.

Untuk makluman, pengenaan denda kompaun ini telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid – penguatkuasaan ini bukanlah tindakan untuk menghukum orang awam namun ia untuk memberi peringatan tegas kepada individu dan syarikat yang seringkali melakukan kesilapan yang sama dalam mengikuti SOP negara.

Langkah ini untuk memastikan segala perjalanan sekatan dan pengawalan penularan pandemik dapat diatasi dengan baik.