Artikel

Diskaun 50% Akan Diberi Kepada Individu Yang Melangsaikan Kompaun SOP Dalam Masa 7 Hari

Tawaran diskaun kini akan diberikan kepada individu serta syarikat mengikut kriteria tertentu.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) – Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada sidang hari ini (17 Mac).

Terdapat 3 kategori kesalahan yang telah digariskan iaitu – Pertama adalah kesalahan melibatkan risiko penularan jangkitan berskala besar.

Kedua adalah risiko penularan melibatkan komuniti dan Ketiga adalah risiko penularan rendah dan tidak memberi kesan kepada masyarakat.

Berdasarkan makluman terdapat beberapa perkongsian nilai kesalahan – antaranya adalah bagi individu yang melakukan kesalahan pertama kali akan dikenakan nilai kompaun sekitar RM1,500.

Menyedari perihal itu beberapa penetapan diskaun telah ditawarkan, ianya terdiri daripada:

  • Diskaun 50% akan diberikan sekiranya pembayaran kompaun dapat dilakukan dalam tempoh 7 hari
  • Diskaun 25% akan diberikan sekiranya pembayaran dilakukan dalam tempoh 14 hari

Menerusi tawaran itu – orang awam diharapkan dapat memanfaatkan nilai diskaun dan terus mematuhi garis panduan bagi mengelakkan penerimaan kompaun.