Artikel

Kadar Kompaun Akan Menurun Kepada RM1,000 – Setelah Ordinan Darurat Tamat Pada 1 Ogos

Sebelum ini, pengenaan kompaun kepada individu yang gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah pada kadar RM10,000, sementara bagi syarikat yang gagal mematuhi SOP PKP pula dikenakan denda sehingga RM50,000.

Namun kadar tersebut akan kembali pada nilai RM1,000 semula setelah tamatnya Ordinan Darurat pada 1 Ogos kelak.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri pada sidang Wisma Pertahanan hari ini (19 Julai) berhubung pengenaan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) itu.

TPM turut mengakui menerusi nilai itu, ia tidak akan memberi kesan kepada entiti untuk mematuhi SOP. Ini kerana nilai tersebut lebih kecil untuk kumpulan sedemikian.