Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, kini telah mengumumkan yang mana harga siling runcit baharu untuk pelitup muka jenis tiga lapisan akan diturunkan kepada 70 sen sekeping, berkuat kuasa 1 November akan datang.
Sebelum ini, harga siling untuk pelitup muka telah diturunkan kepada RM1 sekeping pada bulan Ogos 2020 lepas, dan kerajaan ketika itu telah mengatakan akan menurunkan harga siling kepada 70 sen.
Dengan langkah mewajibkan semua pengguna memakai pelitup muka di tempat sesak, penurunan harga ini sekaligus akan mengurangkan lagi kos dan beban yang ditanggung orang ramai pada era PKP ini.
Harga siling runcit baharu pelitup muka jenis tiga lapisan turun kepada 70 sen sekeping, berkuat kuasa 1 Nov – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi pic.twitter.com/yBs6eqY3wL
— BERNAMA RADIO (@Bernama_Radio) October 27, 2020