Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan yang mana harga siling untuk pelitup muka adalah RM1 berkuat-kuasa hari Sabtu ini.
Mengulas lanjut mengenainya, menterinya berharap agar dapat mengembalikan harganya kepada 90 sen kembali, dan kalau boleh ingin menurunkannya kepada 70 sen.
Langkah ini selari dalam usaha menjadikan harga pelitup muka lebih rendah dan mesra poket untuk pengguna. Kerajaan sebelum ini telah mewajibkan pengguna untuk memakai pelitup muka ketika berada di kawasan sesak berkuatkuasa 1 Ogos 2020 yang lepas.