Artikel

Harga Pelitup Muka Kini Akan Diturunkan – RM1 Sekeping

Harga pelitup muka kini akan dijual pada kadar RM1.

Seperti yang umum sedia maklum, bermula 1 Ogos lalu – rakyat Malaysia diwajibkan memakai pelitup muka ketika berada dikawasan orang ramai dan sesak. Sekiranya gagal berbuat demikian – saman RM1,000 akan dikenakan ke atas individu tersebut.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tindakan itu adalah sebahagian usaha mereka dalam membantu rakyat untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Penetapan kadar RM1 itu hanya pada peringkat runcit sahaja, manakala bagi peringkat pemborong pula ia ditetapkan pada paras 95 sen sekeping.

Bagaimanapun penetapan kadar baru masih tidak diketahui tarikh penguatkuasaannya. Selain itu, Datuk Alexander Nanta Linggi turut mengatakan tindakan kadar baharu ini adalah untuk menjaga keselamatan masyarakat. Malah beliau turut memberi jaminan bahawa kadar tersebut akan diturunkan lagi.