Artikel

Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Sesak Diwajibkan Bermula Hari Ini

Bermula hari ini, 1 Ogos 2020, kerajaan mewajibkan orang ramai untuk memakai pelitup muka di tempat sesak – termasuk dalam pengangkutan awam yang sesak.

Langkah ini telah diumumkan oleh kerajaan pada 23 Julai 2020 yang lepas, dan akan dikuatkuasakan bermula 1 Ogos 2020 ini. Ia diumumkan dalam usaha untuk mengawal penularan wabak Covid-19, sekaligus mengelak orang ramai daripada terdedah kepada bahaya virus Covid-19.

Orang ramai yang melanggar atau gagal mematuhi peraturan baru ini boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 dibawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Pada masa yang sama, kini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia turut telah mengumumkan yang mana penggunaan istilah “Penjarakkan Sosial” bakal digantikan dengan penggunaan istilah “Penjarakkan Fizikal”.