Artikel

Pemakaian Pelitup Muka Diwajibkan Di Tempat Awam Yang Sesak Bermula 1 Ogos

Kerajaan hari ini telah mengumumkan yang mana pemakaian pelitup separuh muka akan diwajibkan untuk semua ketika berada di tempat awam dan dalam pengangkutan awam yang sesak bermula 1 Ogos 2020 ini.

Langkah ini adalah dalam usaha untuk mengawal penularan wabak Covid-19, dan mengelak daripada orang ramai terdedah kepada bahaya virus berkenaan.

Orang ramai yang melanggar atau gagal mematuhi peraturan baru ini boleh didenda sehingga RM1,000 dibawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Sebelum ini, kerajaan turut telah mengumumkan yang mana harga siling penutup muka akan diturunkan 30 sen kepada RM1.20 seunit bermula 15 Ogos 2020 ini.