Artikel

Shein Dilaporkan Melihat Penyenaraian IPO Pada Nilai Mencapai $90 Bilion

Shein merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan dalam arena fesyen dan pemakaian. Ia sedia mencuri perhatian ramai dengan penawaran harga yang sangat kompetitif, serta pelbagai rekaan baharu kepada para pengguna.

Dengan pencapaian dan pegangan pasaran yang meningkat dari hari ke hari – termasuk telah mendapatkan pegangan pada syarikat induk Forever 21 beberapa bulan lepas.

Terkini, ia dilaporkan Shein sedang melihat kepada penyenaraian IPO di Amerika Syarikat, pada nilai mencapai $90 bilion. Nilai syarikat ini dilihat meningkat agak tinggi berbanding Mei lepas, dimana ia meraih suntikan dana pada nilai sekitar $66 bilion. Dengan kedudukan pasaran semasa, ia agak kurang pasti sama ada para pelabur akan menerima nilai penyenaraian Shein sehingga $90 bilion ini.

Shein yang ditubuhkan di China, dan kini beribu pejabat di Singapura turut menjadi antara syarikat yang menggunakan kelebihan data dalam mengenal-pasti permintaan, dan menghasilkan produk yang diminati pengguna. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Shein akan melakukan penyenaraian awam mereka – termasuk nilai akhirnya kelak.