Shein, platofrm e-dagang fesyen serantau kini meluaskan jejak rangkaiannya bersama syarikat induk Forever 21. Dimaklumkan syarikat fesyen itu bertindak memperolehi satu pertiga kepentingan dalam Sparc Group, dan syarikat itu pula akan menjadi pemegang saham minoriti Shein bagi mengembangkan lagi rangkaian pasaran fesyen kedua pihak.
Sebagai perincian, perkongsian ini sekaligus akan memperlihatkan perluasan pengedaran jenama Forever 21 di bawah laman e-dagang Shein pada pasaran antarabangsa yang berkhidmat kepada 150 juta pengguna di seluruh dunia. Manakala jenama Shein pula akan diperluas secara fizikal menerusi kedai fizikal Forever 21 di pasaran Amerika Syarikat (AS).
Melalui agenda itu, ia sekaligus akan memperlihatkan perkembangan pertumbuhan kedua jenama di pasaran rantau Asia dan AS secara berperingkat. Buat pengetahuan umum selain mengendalikan Forever 21, Sparc Group turut meneraju jenama antarabangsa seperti Brooks Brothers, Eddie Bauer, dan Reebok.