Artikel

Shein Meraih Dana Berjumlah $2 Bilion – Syarikat Dinilaikan Sekitar $66 Bilion

Shein, salah satu syarikat memfokuskan fesyen dan gaya hidup, kini telah meraih suntikan dana baharu berjumlah $3 bilion, sekaligus menilaikan syarikat Shein pada sekitar $66 bilion.

Walaupun nilai $2 bilion adalah tinggi, namun, suntikan dana baharu ini adalah pada nilai syarikat yang lebih rendah berbanding melangkaui $100 bilion pada tahun sebelumnya. Kejatuhan nilai ini dikaitkan dengan pelbagai nilai syarikat teknologi yang dilihat berkurangan pada tahun 2023 ini, termasuk disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa.

Mengikut beberapa laporan, Shein dikatakan menjana pendapatan berjumlah $23 bilion pada tahun 2022 lepas, sekaligus meletakkan ia setara dengan pelbagai syarikat fesyen lain, termasuk H&M dan juga Zara. Namun, disebabkan oleh model edagang, ia masih tidak diketahui sama ada penjanaan keuntungan adalah sama atau lebih rendah berbanding yang lain.