Artikel

Jualan Rahmah Beras Bakal Dilancarkan

Bagi memastikan golongan yang tidak berkemampuan, terus terpelihara dan diberi jaminan akan perolehan bekalan makanan negara – tidak lama lagi inisiatif Jualan Rahmah Beras akan diperkenalkan. 

Pendekatan ini diambil susulan semua sedia maklum harga beras dunia kini dilaporkan telah melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 15 tahun susulan tindakan pengeskport utama iaitu India – menyekat aliran eksport beras putih bukan basmati

Keadaan itu secara langsung telah menyebabkan berlakunya peningkatan harga beras putih import sekitar 36% sepertimana yang dimaklumkan Padiberas Nasional (Bernas) sebelum ini. 

Meskipun langkah jaminan rangkaian adalah di bawah Kementerian Pertanian namun pendekatan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) adalah bertujuan melandaikan tekanan kos semasa jualan bekalan negara. Difahamkan insiatif ini akan dilaksana dalam tempoh terdekat dan akan diperincikan ketika pelancarannya dijalankan.