Artikel

BERNAS Umum Harga Beras Putih Import Naik

Kesan ketidaktentuan faktor luaran yang didepani bekalan beras dunia – Padiberas Nasional Berhad (Bernas) kini bertindak mengumumkan pelarasan naik harga jualan beras putih import, berkuat kuasa mulai hari ini.

Tindakan itu memperlihatkan berlakunya peningkatan harga jualan beras import kepada RM3,200 per tan metrik berbanding harga sebelum ini sekitar RM2,350 per tan metrik di pintu gudang Bernas. Pelarasan itu untuk makluman semua, seiring dengan harga terkini di pasaran antarabangsa

Menurut Bernas, keadaan ini didorong hasil ketidakseimbangan bekalan global yang berlaku disebabkan perubahan iklim, kadar pertukaran asing, konflik pembekalan dan kos operasi.

Maka ia secara langsung memberi kesan ketara ke atas pasaran dagangan beras global – yang sekaligus memberi impak kepada pengguna di pasaran. Aturan ini menurut Bernas telah dicapai setelah meneliti pelbagai faktor, buat pengetahuan umum sebelum ini kesan kenaikan harga beras import telahpun ditanggung pihak syarikat sejak beberapa tahun lalu.