Artikel

J&T Express Mengambil-Alih Satu Lagi Syarikat Logistik Di China, Pada Nilai RM763.9 Juta

J&T Express merupakan salah satu syarikat logistik yang tidak asing lagi di Malaysia. Syarikat yang berpusat dan ditubuhkan di Indonesia berkenaan, kini mengumumkan akan turut mengambil-alih sebuah syarikat penghantaran ekspress dan logistik di China, iaitu Fengwang Express.

Dengan pengambil-alihan ini, J&T Express terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena logistik dan penghantaran, terutamanya di China. Syarikat Fengwang Express ini beroperasi di 27 wilayah, dan sedia menjana pendapatan berbilion ringgit pada 2022 lepas. J&T Express juga sebelum ini telah mengambil-alih Best Inc, dan turut menerima pelaburan daripada pihak Tencent.

Pengambil-alihan ini kini dalam proses seterusnya, iaitu menerima pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan. Sebelum ini, J&T Express turut diperkatakan sedang melihat untuk menyenaraikan syarikat mereka di bursa Hong Kong pada pertengahan kedua 2023 ini.