J&T Express kini telah mengumumkan akan mengambil-alih Best Inc di China, iaitu salah satu perkhidmatan penghantaran ekspress yang disokong oleh Aliibaba. Selain Best Inc, Alibaba juga turut mempunyai pelaburan pada beberapa syarikat logistik lain di China.
J&T Express dilihat membayar 6.8 bilion Yuan untuk pengambil-alihan ini, iaitu sekitar RM4.41 bilion.
Pengambil-alihan ini mengukuhkan lagi kedudukan logistik pihak J&T Express di China, selain turut menerima akses kepada pelbagai rakan kerjasama Best.
J&T Express boleh dikatakan agak agresif dalam memperluaskan perkhidmatan mereka di rantau Asia Tenggara ini.
J&T Express sebelum ini telah dimulakan pada tahun 2015, oleh pengasas Oppo dan juga bekas CEO Oppo Indonesia. Sejak daripada itu, J&T Express telah memperluaskan perkhidmatan ke pelbagai negara, termasuk di Malaysia.