J&T Express, salah satu syarikat kurier popular yang berpusat di Indonesia, kini telah menerima suntikan dana baharu berjumlah $2.5 bilion, sekaligus membawa kepada nilai syarikat berkenaan mencapai $20 bilion.
Suntikan dana baharu ini memperlihatkan sejumlah pihak menyertainya, termasuk Tencent dan juga Sequoia Capital. Pelaburan baharu ini dijangka akan digunakan dalam terus memperluaskan perkhidmatan ke China, selain ke pasaran Amerika Latin.
Ia turut diperkatakan J&T Express mungkin bekerjasama dengan Shopee dalam memperluaskan perkhidmatan mereka ke pasaran Amerika Latin.
J&T Express sebelum ini telah ditubuhkan pada tahun 2015 yang lepas, oleh bekas eksekutif Oppo – dan agak agresif dalam memperluaskan perkhidmatan mereka di rantau Asia Tenggara.