Setelah Tesco Malaysia mengambil keputusan untuk menjenamakan semua entiti mereka kepada Lotuss Store Malaysia Bhd sejak 15 Februari 2021 lalu – kini pelaksanaan telah berjaya dilengkapkan sepenuhnya.
Kini 62 cawangan Lotus’s Malaysia telah melalui penjenamaan semula secara rasminya.
Buat pengetahuan umum, Tesco pada Disember 2020 telah mencapai kesepakatan untuk melaksanakan peralihan kepada Lotuss Store – ini secara langsung membabitkan perubahan pimpinan ke atas 8,600 tenaga kerja bersama 62 buah rangkaian di semenanjung Malaysia.
Bagi makluman semua, Lotuss adalah sebuah konglomerat multinasional yang meliputi pelbagai industri ekonomi. Ia memulakan penglibatan pada sektor pertanian sehinggalah sektor perkhidmatan. Setakat ini, entiti tersebut memiliki pelaburan pada 21 buah negara dan pasaran ekonomi.
Berdasarkan perkembangan semasa, Lotus’s kini turut menyediakan kemudahan aplikasi kepada pengguna untuk menikmati ganjaran dan sebarang diskaun sewaktu pembelian. Tidak hanya segmen pasaraya, Lotus’s juga turut melebarkan jejak jenamanya dengan mesin layan diri pada lokasi terpilih di Malaysia.
Ini sekaligus dapat menarik perhatian pengguna akan keunikan pemasaran produknya dalam perniagaan negara.