Artikel

Tesco Malaysia Kini Umum Penjenamaan Semula – Bakal Dikenali Sebagai Lotus Stores (Malaysia)

Tesco Malaysia hari ini (15 Februari) mengumumkan penjenamaan baharu entiti mereka kepada Lotuss Store Malaysia Sdn Bhd.

Ternyata pertukaran jenama tersebut mengejutkan semua pihak khususnya pengguna aktif Tesco Malaysia.

Untuk makluman, peralihan tersebut telah berlaku pada Disember 2020, ini bermakna pengambilalihan operasi Tesco Malaysia itu akan merangkumi 8,600 tenaga kerja dan 62 rangkaian di semenanjung Malaysia.

Lotus Malaysia ini adalah sebuah konglomerat multinasional yang meliputi pelbagai industri ekonomi. Ia memulakan penglibatan pada sektor pertanian sehinggalah sektor perkhidmatan. Setakat ini, entiti tersebut memiliki pelaburan pada 21 buah negara dan pasaran ekonomi.

Berdasarkan sasaran, peralihan secara menyeluruh ini akan dapat dilakukan sehingga akhir tahun 2021 ini.

Makluman tersebut telah dikongsikan oleh pihaknya menerusi status Facebook rasmi Tesco Malaysia.