Lotus’s merupakaan pasaraya yang dijenamakan semula daripada Tesco, selepas diambil-alih syarikat Thailand. Menariknya, selain daripada lokasi fizikal berbentuk pasaraya dan gedung beli-belah, kini Lotus’s turut memperluaskan penawaran dengan menyediakan mesin layan diri di sejumlah lokasi.
Buat masa ini, mesin layan diri pintar Lotus’s telah tersedia di sekitar 10 lokasi di Lembah Klang – termasuk di lebuhraya, seperti R&R Sungai Buloh Arah Utara dan juga R&R Rawang Arah Utara.
Mesin layan diri ini menggunakan pembayaran secara nirtunai, melalui penggunaan kad kredit, kad debit dan juga dompet digital.
Dengan langkah ini, Lotus’s dilihat memperluaskan lagi capaian mereka, dan memudahkan pengguna mendapatkan produk keluaran mereka pada harga kompetitif dengan mudah tanpa perlu ke pasaraya mereka.