Artikel

Kelantan Miliki Peratusan B40 Tertinggi – Sekitar 66.4% Populasinya Berpendapatan Rendah

Di Malaysia, kita memiliki 3 kelas pendapatan yang berbeza dalam tingkat masyarakat. Ia terdiri daripada B40, M40 dan T20. Dan ia mengalami pecahan 10 bahagian pada kelas pendapatan.

Namun sejak Ogos lalu, ketidaktentuan ekonomi telah mula berlaku – mengakibatkan ketirisan pada perolehan pendapatan rakyat negara. Di mana data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah memaparkan berlakunya peralihan kelas – sekitar 20% kumpulan M40 (yang berpendapatan RM4,850 – RM10,959) kini telah beralih kepada B40.

Maka secara asasnya, peralihan kelas pendapatan ini membawa kepada peningkatan kemiskinan mutlak, tegar dan relatif di Malaysia.

Sementara bagi data mengikut negeri pula Kelantan tampil menjadi negeri paling tinggi dalam rekod isi rumah B40 dengan peratusan 66.4% – manakata 6 negeri lain pula menunjukkan lebih 50% populasi penduduknya dikategorikan sebagai kumpulan B40. Iaitu memperlihatkan;

  • Kelantan (66.4%)
  • Perak (57.9%)
  • Kedah (57.3%)
  • Pahang (56.9%)
  • Sabah (56.8%)
  • Perlis (53.7%)
  • Sarawak (53.6%)

Diikuti dengan negeri dan wilayah persekutuan lain yang mencatat peratusan di bawah 50% untuk populasi isi rumah B40.