Artikel

B40, M40, T20 Kini Diperincikan Kepada 10 Kategori

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini telah mengeluarkan penetapan baharu berhubung tiga kelas isi rumah negara iaitu B40 (2.91 juta isi rumah), M40 (2.91 juta isi rumah) dan T20 (1.46 juta isi rumah) kepada 10 bahagian.

Kenyataan ini telah digariskan dibawah Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019. Di mana pada laporan tersebut DOSM telah membahagikan kelas B40 kepada B1, B2, B3, B4 – manakala M40 pula kepada M1, M2, M3 dan M4 – kelas T20 pula sekadar kepada 2 bahagian iaitu T1 dan T2.

Menurut Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan – pembahagian kelas isi rumah ini adalah merangkumi penyelarasan bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan isi rumah.

Tambahnya lagi pemerhatian ini telah dijalankan sejak Januari 2019 lagi yang melibatkan sekitar 7.3 juta isi rumah negara.