Artikel

Penyusutan Ekonomi Malaysia, Cetus Peralihan 20% Kumpulan M40 Kepada B40 – DOSM

Apabila berlakunya penyusuatan ekonomi – ia secara langsung memberi kesan kepada pendapatan dan status isi rumah rakyat negara.

Merangkumi kedudukan kelas isi rumah terendah 40% (B40), pertengahan 40% (M40) dan teratas 20% (T20).

Disebabkan prestasi ekonomi negara mengalami ketidaktentuan sejak pandemik tahun lalu, data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini memperlihatkan berlakunya peralihan kelas – di mana sebanyak 20% kumpulan M40 (yang berpendapatan RM4,850 – RM10,959) telah beralih kepada B40.

Peralihan kelas juga turut berlaku pada T20, sekitar 12.85 isi rumah terlibat kini beralih kepada kelas M40. Sementara kelas isi rumah terendah B40 pula, memaparkan peningkatan 12.5% bagi pendapatan kurang daripada RM2,500.

DOSM juga pada tinjauan turut dapati sekitar 88.5% isi rumah yang diketuai oleh golongan yang berstatus pekerja bergaji sebelum ini di kelas T20, kini tidak lagi. Mula beralih kepada M40.

Manakala isi rumah yang diketuai M40 sebelum ini, sekitar 74.2% telah beralih menjadi B40.

Malah peralihan kelas pendapatan ini secara realitinya membawa kepada peningkatan kemiskinan mutlak, tegar dan relatif di Malaysia.

Dianggarkan bilangan isi rumah miskin meningkat kepada 639,8 00 isi rumah pada tahun 2020 berbanding 405,400 ribu isi rumah pada tahun 2019. Kemiskinan mutlak turut meningkat daripada 5.6% (2019) kepada 8.4%. Manakala kemiskinan tegar pula dianggarkan meningkat daripada 0.4% (2019) kepada 1.0% melibatkan 78,000 isi rumah (2019: 27,200 isi rumah).

Ini menunjukkan semakin banyak isi rumah berada di bawah paras PGK. Kemiskinan relatif pula menunjukkan penurunan daripada 16.9 peratus kepada 16.2 peratus yang melibatkan 1.2 juta isi rumah dan ini disebabkan oleh penurunan sebahagian besar pendapatan isi rumah dan menjadikan nilai penengah pada 2020 yang lebih rendah berbanding 2019.