Artikel

Rakyat Malaysia Cenderung Tingkatkan Had Persaraan Lebihi 60 Tahun – Tampung Semula Pengeluaran Tunai KWSP

Akhir Oktober lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyatakan seramai 3.6 juta pencarum kini memiliki simpanan kurang RM1000 dalam akaun persaraan mereka.

Sementara 6.1 juta pencarum pula memiliki kurang RM10,000 dalam akaun persaraan mereka. Situasi ini jelas membimbangkan dan secara tidak langsung mengubah dinamik percaturan umur persaraan sesetengah pihak. Ini secara terus memaksa para pencarum untuk bekerja dengan lebih lama meskipun setelah mencapai usia persaraan mereka.

Demi menampung semula pengeluaran tunai KWSP yang dilaksanakan – di bawah i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Perkara itu diamati oleh panel kewangan berlesen IPPFA Sdn Bhd menyatakan susulan simpanan KWSP yang tidak mencukupi ia secara langsung akan mengubah pasaran buruh negara untuk kekal dalam pasaran pekerjaan di Malaysia.

IPPFA menegaskan bahawa faedah sosial dan sistem penjagaan kesihatan negara juga perlu diselaraskan untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin tua, ini adalah kesan yang wujud susulan pandemik serta faktor lain.

Pada masa yang sama, kumpulan berpendapatan rendah akan terus depani kesukaran untuk menyimpan wang, berikutan risiko perbelanjaan sara hidup yang berpotensi meningkat disebabkan situasi inflasi dan ini secara jelas tiada lebihan wang untuk mereka laksana simpanan.

Maka pendedahan literasi kewangan dan pasaran pekerjaan pekerjaan harus diperkasakan bagi meningkatkan keupayaan pendapatan rakyat Malaysia dalam simpanan persaraan.

Mengetahui hanya 27% pencarum KWSP memiliki paras simpanan asas sekitar RM240,000 pada usia 55 tahun adalah tidak mengembirakan – ia sekadar membawa pengertian, bahawa masih terdapat kekurangan pada bantuan tunai di negara. Pelbagai strategi perlu digariskan, untuk menampung kembali nilai pesaraan tersebut.