Artikel

3.6 Juta Ahli KWSP Kini Mempunyai Kurang RM1,000 Dalam Akaun, 6.1 Juta Ahli Kurang RM10,000

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memaklumkan yang mana sebanyak RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada 7.4 juta ahli melalui sejumlah program, termasuk i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra. Walaupun ia memberikan kelegaan dan bantuan kepada ahli, namun, pengeluaran ini menyebabkan seramai 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang RM10,000 di dalam akaun mereka.

Lebih membimbangkan, seramai 3.6 juta hanya mempunyai kurang RM1000 dalam akaun mereka.

Untuk ahli bumiputera pula, seramai 4.4 juta atau 54% mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun, dan sekitar 2 juta atau 25% ahli mempunyai kurang RM1000 dalam akaun.

KWSP kini dalam fokus untuk membantu para ahli dalam membina semula simpanan, demi masa depan persaraaan.