Bagi membantu ahli yang terkesan oleh pandemik, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan kemudahan i-Sinar dan i-Citra yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan pencarum.
Setakat ini, sebanyak RM67.6 bilion telah dikeluarkan ahli pada 2 platform, merangkumi i-Citra dan i-Sinar.
Malah melalui pengamatan KWSP, sekitar 89% pemohon i-Sinar dan 86% pemohon i-Citra menyatakan, tindakan pengeluaran wang tunai adalah untuk tujuan menampung perbelanjaan harian atau keperluan wang terdesak.
Meskipun KWSP memberi kelonggaran pada pengeluaran, pihaknya kekalĀ bimbang akan kesejahteraan status persaraan pencarum. Khususnya 46% pencarum yang berusia 55 tahun kini hanya memiliki kurang daripada RM10,000 sahaja di dalam akaun simpanan mereka.
Untuk makluman, data simpanan persaraan ketika ini hanya 27% pencarum sahaja mencapai paras Simpanan Asas RM240,000 pada usia 55 tahun. Risiko penurunan itu disebabkan krisis pendapatan pencarum yang berkurangan ketika ini.
Situasi ini turut dikaitkan dengan peningkatan jumlah pekerja dalam ekonomi gig.Oleh itu, KWSP menyatakan sasaran untuk memastikan pekerja gig serta mereka yang bekerja dalam sektor tidak formal untuk diserap ke dalam Skim KWSP agar mereka juga berpeluang menabung seawal mungkin dan merancang persaraan mereka.
Tidak hanya itu bagi membina kembali simpanan persaraan pencarum KWSP akan tingkatkan fokus kepada Alokasi Aset Strategik dan peka terhadap perkembangan profil risiko pasaran agar penambahbaikan dapat dilakukan terhadap ahli untuk pulangan masa tua mereka.