Artikel

Kesan Kerjasama SPAC – Mantan CEO WeWork, Adam Neumann Kini Nikmati Kekayaan Bernilai AS$2.3 Bilion

Tatkala WeWork meraih lonjakan saham lebih dari 13% susulan perancangan untuk disiarkan secara terbuka pada papan pelaburan Bursa New York, setelah melaksanakan aturan kerjasama SPAC – Special Purpose Acquisition bersama BowX Acquisition Corp. – langkah tersebut kini telah memberi kesan kepada nilai kekayaan bekas Pengasas WeWork iaitu Adam Neumann.

Kesan itu telah membawa peningkatan kepada kekayaan Adam Neumann iaitu sekitar AS$2.3 bilion.

Meskipun nilai kekayaan tersebut telah jatuh terlalu tinggi berbanding nilai asal pada paras AS$14 bilion – namun peningkatan ini menguntungkannya. Susulan telah menamatkan khidmat dan masih memiliki 11% saham pada entiti (bersamaan AS$722 juta pada laporan Bloomberg).

Untuk makluman, permasalah WeWork mula wujud sejak Ogos 2019 susulan kerugian AS$1.9 bilion yang dialami pada terbitan IPO dan ia disusuli tindakan kurang beretika yang dipamerkan Adam Neumann.

Di mana Wall Street Journal telah mendedahkan penggunaan ubat dan alkohol oleh Neumann. Selain itu, turut mendedahkan matlamat Neumann untuk menjadi trilionair pertama di dunia.

Lebih tragis, sepanjang kejatuhan WeWork selama 2 tahun ini – ia telah meranapkan kerjaya sekitar 2,000 kakitangan. Pihak berkaitan terpaksa diberhentikan pekerjaan berikutan krisis yang didepani syarikat pada 2019.

Bagi yang kurang memahami istilah SPAC, ia adalah sebuah entiti yang dibangunkan secara khusus untuk bergabung dengan mana-mana syarikat swasta, dijadikan sebagai penyenaraian awam di papan pelaburan.

Bagi yang tidak tahu, penyertaan SPAC pada papan pelaburan sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing. Mereka telah terlibat sejak tahun 2009 lagi – namun ternyata dinamik penglibatannya mulai menaik sejak tahun 2019. Di mana peningkatan 400% telah dicatatkan sehingga tahun 2021 ini.