Pengasas bersama WeWork, Adam Neumann telah umum meletakkan jawatan selaku Ketua Eksekutif bermula semalam. Perihal ini mula disahihkan apabila ahli Lembaga Pengarah telah mula menyusun kembali segala strategi kempen mereka sejak awal bulan lalu.
Pengunduran diri Neumann secara tidak langsung menimbulkan persoalan sama ada WeWork dapat mengekalkan keupayaan mereka sejak 2010 untuk pertumbuhan di masa hadapan.
Malangnya pendekatan Neumann terhadap tadbir urus korporat dan konflik kepentingan peribadi dilihat tidak begitu baik telah mula mendapat perhatian. Wall Street Journal telah mendedahkan penggunaan ubat dan alkohol oleh Neumann. Selain itu, turut mendedahkan matlamat Neumann untuk menjadi trilionair pertama di dunia.
Memiliki Impian Yang Besar
Neumann dilahirkan di Israel, dan memiliki detik yang sukar sewaktu kanak-kanak disebabkan penceraian kedua ibubapanya. Dia juga pernah berkhidmat selama 5 tahun sebagai tentera Israel dan mula berpindah ke bandar New York pada 2001.
Pada 2008, Neumann bersama rakan kongsinya, Miguel McKelvey telah berpindah ke perniagaan bersama dengan hadir dibawah syarikat bernama Green Desk, dengan menggunakan konsep lama tapi diperbaharui dengan teknologi baharu. Neumann melihat krisis kewangan pada masa itu dapat membawa kepada lebih banyak peluang kepada startup untuk membangun semula.
Setelah itu, menerusi konsep penyewa sebagai ahli, Nuemann mula membina WeWork sebagai empayar yang memiliki komuniti untuk membantu kehidupan pekerjaan individu menjadi lebih baik.
WeWork pada hari ini telah memiliki hampir 500 cawangan di 30 buah negara dan memiliki 12,500 pekerja dibawahnya. Walau bagaimanapun, difahamkan WeWork telah mengalami kerugian sebanyak AS$ 2 bilion pada tahun 2018.
Menurut Neumann, meskipun perniagaan mereka berada dalam konflik sejak kebelakangan ini, dia masih berbangga dengan pencapaian yang telah dilalui. Namun, atas sebab tekanan yang dihadapi Neumann, demi kepentingan syarikat dia memutuskan untuk mengundur diri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
-AFP