Sekiranya sebelum ini, Top Glove dan Sime Darby antara entiti yang terpalit pada isu penggunaan buruh paksa – kini situasi yang sama, sedang didepani Supermax Corp Bhd.
Di mana Jabatan Kastam dan Perlindungan sempadan (CBP) Amerika Syarikat ketika ini telah menyekat kemasukan produk pada pelabuhan AS.
Berdasarkan laporan, CBP AS hari ini (21 Oktober) telah mengeluarkan Perintah Tahanan Pelepasan (WRO) ke atas Supermax dan anak syarikatnya, Maxter Glove Manufacturing Sdn Bhd, Maxwell Glove Manufacturing Bhd dan Supermax Glove Manufacturing Sdn Bhd.
Sekatan tersebut diperkatakan didasari atas aspek buruh paksa pada operasinya.
Menurut Penolong Pensuruhjaya Eksekutif CBP AnnMarie tinjauan menunjukkan terdapatnya bukti yang kukuh untuk menyimpulkan bahawa Supermax Corp Bhd dan anak syarikatnya menghasilkan sarung tangan yang melanggar sisi undang-undang perdagangan AS.
Tindakan selanjutnya adalah, pihak pengeluar terlibat perlu membuktikan operasi pembuatan mereka adalah bebas dari perintah yang dikemukakan – setelah itu, sekatan akan ditamatkan oleh CBP AS.