Artikel

Isu Penggunaan Buruh Paksa – AS Sekat Kemasukan Minyak Sawit Sime Darby

Pengeluar minyak sawit negara, Sime Darby Plantation kini dikenakan perintah sekatan pihak kastam Amerika Syarikat.

Laporan MalaysiaKini menunjukkan – tindakan sekatan dari Perlindungan Kastam dan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) ini dikatakan berpunca dari isu buruh paksa.

Perkara ini telah dimaklumkan setelah pengeluaran Withold Release Order diberikan kepada pihak Sime Darby, berikutan dakwaan penglibatan buruh paksa pada proses pengeluaran produk entiti tersebut.

Selain Sime Darby, sebelum ini CBP turut melaksanakan tindakan yang sama ke atas keluaran minyak sawit FGV Holdings Berhad dan pengeluar sarung tangan – Top Glove.

Isu buruh paksa ini bukan sekadar meliputi penindasan dari segi tugasan bahkan, ada diantara entiti turut didakwa menggunakan kanak-kanak sebagai buruh paksaan.

Setakat ini, maklum balas Sime Darby hanya akan diketahui pada esok hari.