Artikel

Sekatan AS Terhadap Top Glove – Anggaran Pampasan Sekitar RM53 Juta

Sehingga kini, Top Glove memiliki tunggakan pampasan berjumlah RM53 juta berhubung isu pengambilan yuran pekerja asing oleh pihak agensi.

Untuk makluman, sebelum ini bahagian Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) telah melaksanakan sekatan ke atas produk Top Glove disebabkan permasalahan tersebut.

Bagaimanapun, pihaknya masih berhubung secara aktif dengan kastam AS bagi menyelesaikan Perintah Tahanan Pelepasan (WRO) tersebut terhadap larangan produk mereka sejak 15 Julai lalu.

Setakat ini, tempoh sekatan produk mereka telah memasuki minggu keempat dan sebanyak RM4.4 juta telah dibayar bagi Januari 2019 ketika Polisi Yuran Rekrut Sifar dilaksanakan.