Artikel

AS Laksana Sekatan Ke Atas Produk Import Top Glove

Sejak semalam (15 julai) bahagian Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) telah melaksanakan sekatan ke atas produk Top Glove Sdn Bhd dan TG Medical Sdn Bhd. 

Terdapat kemungkinan bahawa isu bayaran buruh asing adalah puncanya. Bagaimanapun Top Glove mengatakan isu tersebut telahpun selesai sejak Januari 2019 sewaktu Polisi Yuran Rekrut Sifar dilaksanakan. 

Malah dalam satu kenyataan Bursa Malaysia hari ini, Top Glove mengatakan pihaknya telah menghubungi CBP untuk memahami masalah ini dengan lebih baik dan kedua-dua pihak kini sedang berusaha untuk menyelesaikan dalam jangkaan dua minggu.

Namun, tindakan penahanan CBP ini sekaligus telah menjatuhkan nilai saham Top Glove pada papan Bursa Malaysia dengan catatan harga saham turun di bawah RM20.