Artikel

Penganalisa : Elon Musk Mungkin Menjadi Trilionwan Pertama Dunia Melalui SpaceX

Penganalisa Morgan Stanley kini meramalkan Elon Musk mungkin menjadi trilionwan pertama dunia. Pada hari ini, nilai kekayaan Elon Musk sedia mencapai nilai $241 bilion.

Namun, apa yang menariknya, nilai kekayaan Elon Musk pada hari ini kebanyakkannya dijana melalui syarikat kenderaan elektrik beliau, Tesla. Elon Musk dijangka akan menjana lebih banyak kekayaan melalui syarikat eksplorasi angkasa beliau, SpaceX.

SpaceX

SpaceX sedia menguji roket yang boleh digunakan kembali, selain menyasarkan misi membuka penempatan manusia di Marikh. Pada masa yang sama, SpaceX sedang membangunkan Starlink untuk memancarkan internet melalui angkasa.

Ini sekaligus dijangka membawa nilai SpaceX menjadi salah satu syarikat yang bernilai tinggi di dunia. Baru-baru ini SpaceX dinilaikan sekitar $100 bilion, dan Elon Musk mempunyai pegangan sekitar 48%.