Artikel

Nilai Kekayaan Elon Musk Melangkaui Gabungan Kekayaan Bill Gates Dan Warren Buffett

Elon Musk telah menjadi manusia terkaya dunia dengan nilai kekayaan melangkaui $200 bilion sebelum ini. Terbaru, mengikut angka semasa yang dicatatkan Bloomberg, nilai kekayaan Elon Musk dilihat terus meningkat secara positif.

Elon Musk dilihat mempunyai nilai kekayaan semasa sebanyak $236 bilion, iaitu lebih kaya berbanding gabungan Bill Gates ($130 bilion), dan Warren Buffett ($103 bilion).

Malah, Jeff Bezos, pengasas Amazon sendiri kini ditangga kedua dengan nilai kekayaan sebanyak $197 bilion, sementara Mark Zuckerberg pula ditangga ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak $121 bilion.

Elon Musk mempunyai beberapa syarikat dibawah mereka, termasuk Tesla yang memfokuskan kepada kenderaan elektrik, selain SpaceX yang menyasarkan eksplorasi angkasa.