Artikel

SpaceX Kini Bernilai Lebih $100 Bilion – Syarikat Persendirian Kedua Termahal Dunia

SpaceX merupakan salah satu syarikat milik Elon Musk yang memfokuskan kepada eksplorasi berkaitan dengan angkasa. Terbaru, melalui jual-beli saham secara dalaman, nilai SpaceX dilihat melangkaui $100 bilion.

Ini sekaligus menjadikan SpaceX sebagai salah satu syarikat persendirian kedua paling bernilai di dunia – selepas Bytedance yang mempunyai TikTok dan beberapa aplikasi lain dibawah mereka.

SpaceX Lancar

SpaceX sedia menawarkan perkhidmatan roket ke angkasa, selain turut menyasarkan untuk membuka penempatan di Marikh, serta menawarkan perkhidmatan pelancongan angkasa. Pada masa yang sama, SpaceX juga turut sedang membangunkan Starlink – iaitu perkhidmatan yang memancarkan internet dari ribuan satelit ke permukaan bumi.

Dengan pelbagai perkembangan dalam arena angkasa, tidak mustahil kita melihat nilai syarikat SpaceX terus meningkat dari hari ke hari.