Prestasi Carousell Group dalam permintaan arena pelaburan terus menunjukkan aliran yang positif. Entiti jualan atas talian yang berpangkalan di Singapura ini telah mengumumkan perolehan pelaburan sekitar AS$100 juta, dari STIC Inverstments iaitu ekuiti swasta Korea Selatan.
Perolehan ini ternyata berpotensi meningkatkan nilai Carousell kepada AS$1.1 bilion. Melalui pencapaian ini, ia akan melonjakkan lagi daya pemasaran Carousell untuk memenuhi permintaan pengguna.
Malah kepercayaan pelaburan ini, menunjukkan platform jualan barangan terpakai kekal relevan dalam pasaran semasa, meskipun berdepan situasi pandemik yang mencabar.
Untuk makluman, Carousell tidak sekadar membentuk platform jualan barangan baharu serta terpakai pada harga berpatutan – tetapi turut menawarkan jaminan 12 bulan pada pembelian telefon pintar terpakai serta melakukan pengiklanan jualan kenderaan.
Kepelbagaian aplikasinya telah merancakan arena jualan atas talian, untuk semua kategori produk jualan. Pendekatan ini baik buat pengguna dan penjual meningkatkan aliran perbelanjaan negara.
Selain kejayaan meraih nilai pelaburan ini, awal Julai lalu Carousell telah menyatakan pertimbangannya pada aturan SPAC – Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas. Berdasarkan perancangan, gabungan SPAC mampu meningkatkan nilai entiti pada paras AS$1.5 bilion.
Namun aturan tersebut dijangka, dapat dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.