Entiti milik Singapura, Carousell minggu lalu – dilaporkan sedang mempertimbangkan ke penyenaraian awam Amerika Syarikat (AS) melalui gabungan bersama Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas (SPAC).
Berdasarkan laporan Bloomberg, perancangan kesepakatan tersebut membolehkan nilai syarikat mampu mencecah AS$1.5 bilion.
Buat masa ini jangkaan penilaian penyenaraian itu, disasarkan dapat dilakukan menjelang akhir tahun ini.
Untuk makluman sebelum ini, pada September 2020 entiti milik Korea Selatan – Naver telah melabur AS$80 juta di Carousell. Ini menjadikan jumlah penilaian Carousell mencecah AS$1.22 bilion. Setakat ini, Carousell disokong oleh Telenor Group, Rakuten Ventures, Naver, Sequoia Capital dan Naspers.
Seperti yang umum ketahui – aliran gabungan bersama SPAC telah memaparkan peningkatan dalam kalangan entiti teknologi. Sebelum ini, Grab bersama Altimeter telah mengumumkan langkah gabungan, diikuti Carsome dan Tiket.com.
Bagi yang tidak tahu, penyertaan SPAC pada papan pelaburan sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing. Mereka telah terlibat sejak tahun 2009 lagi – namun ternyata dinamik penglibatannya mulai rancak sejak tahun 2019. Di mana peningkatan 400% telah dicatatkan sehingga tahun 2021 ini.
Menjadikan nilai pelaburan terkumpul SPAC kini sekitar AS$83 bilion.