Artikel

Ketidakpastian Politik Memperlahankan Rentak Ekonomi Malaysia – Bank Dunia

Dinamik politik negara ketika ini telah meningkatkan risiko pemulihan ekonomi Malaysia dalam menyiembangkan pertumbuhannya.

Pemantauan Bank Dunia ini meliputi pelbagai faktor seperti memberi kesan pada sentimen pelaburan, mengugat pelan hala tuju negara, memperlahankan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 dan seterusnya akan mempengaruhi fasa Belanjawan 2022.

Menurut Shakira Teh Sharifuddin, Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia ketidakstabilan ini perlu diakhiri segera. Sekiranya tidak ia akan membantut proses semakan kewangan Malaysia. Termasuklah semakan had hutang, yang ketika ini memaparkan hutang domestik telah menghampiri had statutori.

Untuk makluman, had statutori hutang negara ketika kekal di paras 60%. Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini menjangkakan negara akan mencapai paras 58.5% dari KDNK pada akhir tahun kelak.

Namun sekiranya melepasi dari had tersebut – ini akan mendorong kepada kesan negatif terhadap institusi dan kewangan negara.