Artikel

Bajet 2022 Akan Dibentang Pada 29 Oktober Kelak – PM Muhyiddin

Pada sidang mesyuarat khas Parlimen Dewan Rakyat hari ini (26 Julai) – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Bajet 2022 akan dibentangkan pada 29 Oktober kelak.

Makluman itu telah dimaklumkan di bawah penerangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebentar tadi.

Selain pembentangan Bajet 2022, pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) turut dijangka akan dibentangkan pada 20 September kelak.

Berdasarkan pengenalan Bajet 2022 kelak, terdapat beberapa tumpuan khusus akan dilaksanakan, antaranya adalah agenda pemulihan ekonomi, membina daya ketahanan negara dan pemangkin pembaharuan negara.

PM Muhyiddin turut menyatakan perincian pra-bajet akan dimaklumkan pada Ogos kelak kepada umum.