Sebelum ini, kerajaan telah menjangka defisit fiskal Malaysia akan meningkat kepada 6.0% berbanding jangkaan awal 5.4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF) semakan semula itu berikutan aturan dana sokongan di bawah perbelanjaan bantuan.
Pada masa yang sama, had statutori hutang negara kekal di paras 60%. MOf menjangkakan negara akan mencapai paras 58.5% dari KDNK. Setakat Mei, jumlah nilai pinjaman negara adalan RM99.3 bilion. Ia masih tidak melebihi had siling yang telah diluluskan ketika pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.