Meskipun, kedudukan tenaga buruh pada Mei 2021 memaparkan aliran positif iaitu tenaga kerja meningkat kepada 16.10 juta dan disokong penurunan kadar pengangguran pada paras 4.5% – namun ia tidak menidakkan ketidaktentuan pasaran buruh Malaysia bagi separuh kedua 2021 kelak.
Ini kerana situasi Malaysia – kini sedang berdepan dengan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang telah menuntut penutupan hampir keseluruhan sektor ekonomi, sosial.
Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini, ia dilihat akan memberi risiko kepada fasa pemulihan ekonomi negara khususnya kepada pemain perniagaan kecil – yang dijangka akan menyebabkan sekitar 7 juta individu menganggur menjelang Oktober ini.
Selain itu, industri pelancongan juga akan terus terjejas.
Malah lebih merunsingkan – situasi pandemik dijangka akan terus meningkat, dengan catatan terkini hampir 9,000 kes positif harian dicatatkan di seluruh negara.
Bagaimanapun, peralihan 7 negeri ke Fasa Kedua PPN minggu ini – sedikit sebanyak telah memberi gambaran awal berhubung pembukaan beberapa sektor ekonomi. Menerusi langkah itu, berkemungkinan ia dapat menyeimbangkan semula potensi pasaran buruh negara menjadi lebih baik.